Masalah obesiti semakin hari semakin meruncing. Hari ini admin akan kongsikan fakta-fakta menarik berkenaan dengan masalah obesiti ini.
- Statistik pada tahun 2010 mencatatkan, kanak-kanak Mexico paling gemuk di dunia!! Kepelbagaian makanan Mexico seperti Taco, Tortilla dan Torta (sejenis sandwic besar), yang secara umumnya diberi nama 'vitamin T' kerana menyebabkan kanak-kanak di negara ini berada di tangga teratas dalam carta obesiti dunia dengan BMI melebihi 30.
- Sekitar 15 peratus kanak-kanak di negara ini di kategorikan sebagai gemuk. Itu statistik lebih tiga tahun lepas. Peratus kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas lebih tinggi berbanding umur antara dua hingga lima tahun yang dilihat turut mencatatkan peningkatan.
- Kanak-kanak genuk berpotensi untuk terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan masalah sendi. Selain itu, mereka turut berdepan dengan masalah psikologi kerana diejek oleh teman-teman sekolah.
- Masalah obesiti di semua peringkat usia semakin bertambah, sekarang ini pun ramai bayi yang dilahirkan melebihi 4 kilogram.
- Secara purata kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa kira-kira 24 jam setiap minggu dengan menonton televisyen. Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila seorang daripada lima kanak mengalami masalah kegemukan atau lebih berat badan.
- Malah dua dekad ini, jumlah ini telah meningkat lebih 50% , dengan berat badan kanak-kanak meningkat sehingga dua kali ganda.
- Lu Zhihao yang berusia tiga tahun memiliki berat badan 60 kg , lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya. Dia dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg. Namun menjelang tiga bulan nafsu memuncak menjadi sukar dikawal..
Harap perkongsian ilmu ini dapat menyedarkan masyarakat tentang masalah obesiti yang melanda dunia..
huhuhu rosak mesin timbang
nampak comel tapi mungkin berpenyakit
ayuh kita atasi
No comments:
Post a Comment