Makanan yang baik akan memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya. Dalam AlQuran turut mengatakan makanlah makan yang halal lagi baik. Perkara ini menunjukkan betapa penting untuk mengambil makanan yang baik. Makanan jua dikatakan dapat mempengaruhi jiwa dan personaiti seseorang. Mereka yang dibesarkan dengan makanan yang tidak baik biasanya akan mempunyai penyakit, berperangai negatif.
Oleh itu, kita akan berkongsi maklumat tentang makanan yang baik untuk dimakan..
durian belanda
1.DURIAN BELANDA.
Buah durian belanda dikatakan merupakan ubat yang mujarab untuk melawan kanser. Selain itu juga, buah ini dapat mengurangkan kesan-kesan daripada kemoterapi. Walaupun buah ini agak mahal tapi ia agak bagus untuk tubuh badan kita.
brokoli
2.SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau amat perting kerana mempunyai vitamin yang yang berguna untuk tubuh badan kita. Sayur seperti brokoli amat bagus untuk mereka yang membina otot kerana dikatakan brokoli dapat mengekalkan otot dengan lebih lama. Sayuran seperti ulam dikatakan amat penting untuk awet muda yang mana telah menjadi kebiasaan golongan kampung. Sayuran juga bagus untuk mengeluarkan racun dan toksik dari badan manusia.
oat
3.OATOat merupakan makanan yang sering dimakan pada waktu pagi oleh masyarakat malaysia. Kelebihan oat ialah ia dapat menyerap kolestrol dan dikelurkan dari badan. Oat sangat baik bagi mereka yang ingin menjaga jantung dan tubuh agar menjadi lebih baik.
bijian
4.BIJIANSelain sumber protein,biji-bijian juga punya tingkat antioksidan yang sangat tinggi. Menurut Mark Stibich PhD pengkaji dan konsultan di Columbia University , setengah gelas red bean, kidney bean atau pinto bean yang dikeringkan mengandungi tingkat antioksidan yang lebih tinggi dibandingkan dengan makanan lain. Lebih hebatnya lagi, biji-bijian juga mengandungi kalori yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang. Jika kita dalam program menurunkan berat badan disarankan mengambil sekitat 3 hingga 5 makanan yang mengandungi biji-bijian setiap minggu.
tomato
5.TOMATOBuah tomato mempunya bahan kimia yang baik untuk badan . Bahan tersebut dapat membantu seseorang mencegah daripada terkena strok.
Harap perkongsian ini dapat membantu kita menjalani hari dengan lebih baik..
Kesihatan yang baik ialah nikmat kurniaanNYA...bersyuk
urlahh
No comments:
Post a Comment