buku jutawan

Tuesday 17 December 2013

Asasi UITM Puncak Alam


بسم الله الرحمن الرحيم

Asasi UITM Puncak Alam 

Selamat datang ke uitm puncak alam 


      Insyallah, pada post kali ini kita akan kongsikan tentang program asasi UITM Puncak Alam. Setakat ini hanya terdapat dua asasi sahaja di dalam U ni, asasi kejuruteraan @ engineering dan asasi sains. Program asasi ni sebenarnya lebih kurang dengan matrik saja, cuma dia belajar lebih tinggi sket, subjek lebih banyak daripada matrik. Hahahaaha kepada sapa-sapa yang nak relaks-relaks, sememangnya agak tidak sesuai untuk masuk dalam program asasi nii...

ni pusat kesihatan, kalau ada sesiapa yang rasa yang tak sihat bleh datang sini.


       Kelebihan lain bila ambik asasi, kita sudah dapat pengalaman bagaimana kehidupan sebagai seorang mahasiswa@mahasiswi. Masa ni laa kita akan belajar untuk hidup berdikari, nak makan pun kena pergi beli sendiri huhuhuhu sedih jugak laa. Dulu kat asrama mrsm ada mak cik, kakak, ngan abang dewan makan yang sedia makanan , sekarang ini barulah nikmat sebenar kehidupan manusia sejati bermula haha.

Peta uitm, uitm puncak alam, puncak perdana dan shah alam
dekat-dekat jee, tapi dekat pun hampir 30 minit jugak lee


     Saya sendiri merupakan budak asasi engineering, sapa-sapa yang berminat untuk ambik engineering nie, anda semua akan menjadi junior-junior laaa,  tapi masa tuu mungkin saya dah keluar dah kot. Kalau asasi sains pulak kebanyakkannya terdiri daripada golongan perempuan , dengar-dengar cerita dalam kelas asasi sains lelaki mungkin ada 4-5 orang berbanding perempuan yang mungkin 20-23 . Terbalik pulak dengan asasi engineering, perempuan sedikit tapi lelaki ramai.

ni keris gergasi dekat uitm, haha dekat dengan kolam , selalu orang jogging mesti lepak kat sini.


    Kat sini ada satu tangga yang sangat tinggi yang menghubungkan antara kawasan akademik dengan kawasan hostel. Tangga ni digelar tangga kejayaan kerana dikatakan sesiapa yang melalui tangga ini merasa betapa sensaranya untuk memperoleh kejayaan itu hahaha (hanya ditokok tambah). Tapi memang tinggi pun , ada orang cakap tinggi dia kurang beberapa anak tangga saja daripada tangga batu chave. Hahaha sangat hiperbola. Tapi kalau tak guna tangga pun boleh, ada bas yang disediakan dengan harga RM1 sahaja. 
inilah tangga kejayaan!! sekali naik mesti berpeluh..

    Sekarang nii, saya nak kongsikan apa yang ada kat U ni yang sangat memudahkan dan mematangkan kita sebagai seorang student. Dekat U ni ada persekitaran yang sangat tenang, jauh daripada kesibukan kota. U ni dikelilingi tumbuhan hijau yang sangat segar.. Kalau ada masa lapang kita boleh berjoging ke, berjalan-jalan ke pusing U, tengok-tengok keindahan alam ciptaan tuhan, insyaallah kalau ada masalah, tenang je otak.

ni suasana kawasan akademi pada waktu malam, kadang-kadang kelas sampai malam oo


   Kat sini ada banyak dewan kuliah, bilik kuliah yang sangat selesa. Sejuk betul. Kalau ada yang tak tahan sejuk elok bawa baju sejuk, tapi kadang-kadang air-con tak pasang, masa tu memang panas laa. Pensyarah kat sini dipanggil Miss/Madam/Prof , ada juga sesetengah student yang panggil cikgu termasuk juga laa saya sendiri. Almaklumlahh, fresh lagi keluar dunia sekolah. Tenaga pengajar di sini juga sangat baik, mereka sangat membantu jika kita ada masalah, cuma kita sendiri yang perlu merajinkan diri untuk bertanya soalan kalau tak faham. Jangan simpan benda yang tak faham nanti  berkumpul banyak susah nak jawab test pulak.

dekat atas bukit tuu merupakan kawasan hostel, kat bawah nii kawasan akademik


   Bagi pelajar kat sini kawasan yang paling gemar dikunjungi bila waktu cuti ialah di Setia City Mall, kat sini ada cinema, bowling dan tempat-tempat shopping. Tapi kalau nak beli makanan macam biskut elok pergi dekat tesco atau giant, lebih banyak pilihan. Selalunya pelajar akan naik bas dari dalam U sampai ke mana-mana destinasi ,harganya dalam RM1-2 saja. Tapi kalau ada yang boleh bawa kereta, boleh juga sewa kereta sewa . Kumpul duit dengan beberapa orang kawan sewa kereta sendiri. Hahahaha ni kalau nak pegi jauh laa, KLCC ke, I-city ke tapi ada syarat, tak boleh balik lebih daripada pukul 12 malam, kalau lebih, kena tunggu kat luar sampai pagi esok. tapi jangan risau depan U ni ada MC Donald, tidor laa kat situ.

ni gambar masa balik dari kelas, yang dalam gambar tu rakan sekelas .


    Tempat makan kat dalam U nii ada banyak, banyak pilihan makanan pulak tuu. Kat sini kalau tak jaga makan badan boleh naik, tapi kalau yang kurus badan pun senang kat sini. Terpulanglaa kat diri sendiri. Kat sini ada surau , jadi kalau ada masa lapang cubalah berjemaah disurau, pahala lebih sket. Lagi pun selalunya lepas solat magrib ada kuliah atau ceramah agama sket kat surau. Bagus laa untuk mengisi kekosongan dalam jiwa kita nii.

Ni bas yang ada kat dalam uitm pucak alam, nak pergi mana pun bolehh..

   
kalau ada emergency case , kita ada ambulance haha








tu kawan sekelas gak, on the way balik hostel

    Apa apa pun walau kat mana kita berada , kita kena jaga pelakuan, jangan buat benda-benda yang Allah marah, nanti belajar tak berkat.. tuu saja untuk kali nii, nanti kalau ada free time insyaallah saya sambung lagi
      

No comments:

Post a Comment

jom langsing

Popular Posts